Isnin, 20 Januari 2014

::Sardin Roll::

Tiba-tiba je aku ngidam nak makan sardin roll arwah umi ani buat. Rasa teringin sgt nak makan. So, aku pun try bbm umi aku tanye resepi. Alhamdulillah! Dapat!

Bahan::

1-roti
2-sardin
3-cili *hiris
4-telur
5-bawang besar *hiris

Caranya::
(Step 1)

Memula sekali masak inti dulu. Panaskan minyak sedikit, kemudian tumis bahan hiris sampai naik bau. Kemudian masukkan sardin. Hancur2kan dalam kuali, letak garam and gula (sikit je tau). Tak perlu tambah air, masak sampai kering. Dan siap. Oke, step kedua!

(Step 2)

Roti tu di gelek dulu dengan kayu gelek. Kemudian letak inti sardin yang dah dimasak tadi dan gulung kemas2. Bancuh telur macam buat telur dadar, letak sikit air dan kacau. Sebelum roti itu dig0reng, celup pastu goreng sampai kuning. Dah siap! *sukatan minyak macam nak masak cucur ikan bilis*

Khamis, 2 Januari 2014

::Cucur udang resepi umi::

Hari ni saya nak ajak adik², kakak², ibu², makcik², turun dapur masak cucur udang! Yosh! Sedap makan time panas2, cuaca sejuk2. Ataupun time pagi. Sedapnya subhanallah!

Bahannya::

1-udang hidup
2-yis mauripan
3-telor
4-garam
5-kucai
6-taugeh
7-udang kecil (ni sy yg tambah)
8-air

Cara2::

Gaul tpg / yis / garam / telor / cmpur air. Bubuh air sikit².. Kemudian masukkan taugeh sambil gaul dengan tepung, patah² kan batang taugeh.. Masukkan pula udang kecil bagi rasa udang lebih 'ehm'.. Gaul smpai sebati dan lembutnye sekira-kira seadun dengannya..pastu masukkan kucai..dan gaul sekali lagi.. Dan biarkan dia naik selama 15 min. Don't usik-usik okey.

Cara masak::

Panaskn kuali masukkn senduk.. Bagi senduk tu masuk minyak panas dalam kuali yg sama..agak-agak dah panas..tinggalkan sikit dalam senduk.. Kemudian masukkan tepung dan udang di atasnya.

p/s: simple bukan? Jom kaum3 hawa kita berasapkan dapur. Hehehe..selamat mencuba. Ni resepi umi saya.. Sedap sangat!

::Kangkung Belacan::

Kali ni saya nak share resepi makanan fevret kawan special saya. Nama dia...secret lah! Heehee..dia suka sangat makan sayur ni. Mula2 tu saya search kat google gak, tapi..kuantiti dia agak kurang. Saya tambah kuantiti bahan agar rasa dia lebih sedap. Kangkung dia tu ikut suka lah nak berapa banyak. Yang saya tanda * tu, bahan2 yang perlu di tumbuk.

Bahannya::

1-kangkung (1 ikat)
2-cili merah (1 tangkai)*
3-bawang merah/bawang besar (2 ulas)
4-bawang putih (4 ulas)*
5-ikan bilis (segenggam)*
6-belacan (ikut sukahati)*
7-garam & perasa

Caranya::

Tumis bahan yang dah di tumbuk hingga naik bau. Masukkan garam & perasa. Kacau sebentar then masukkan kangkung. Gaul rata & kacau hingga masak. Mudahkan?

Notis: [JANGAN TERLAMPAU MASAK, NANTI TAK SEDAP]

::Murtabak Megi::

Tiba² teringat kat bibik. Rindu kat masakan sepcial bibik. So saya terpikir bibik buat camne eh? Yang saya nampak bahan kasar dia, telur dan megi. Kemudian terdengar orang panggil nama murtabak megi. Search punye search..tadaa!! See..saya dah jumpe!

Bahannya::

1-maggi (2 bungkus)
2-telur (3 bijik)
3-bawang besar (1 labu)*
4-daun bawang (1 tangkai)*
5-garam
6-perasa maggi
7-cili merah (hiris)

Caranya::

Hiris bahan yang bertanda *. Rebus megi sehingga lembut, toskan megi tersebut. Sementara tunggu tos, pecahkan telur & pukul sehingga kembang serta masukkan garam secubit. Barulah masukkan megi. Lepastu masukkan semua bahan tadi ke dalam telur. Gaul rata bahan² tersebut bersama megi yang telah di tos tadi. Akhir sekali panaskan kuali. Masukkan minyak sikit. Dan masak macam masak lempeng. Api kecilkan bagi masak dalam.

::Ayam Rangup Special::

Jam dah pukul 12 ni. Tapi masih belum terfikir nak masak ape? Kadang² kita pun bingung nak masak menu apa untuk tengagari ni? Dalam peti sejuk hanya ada ayam. Bagi penggemar masakan kering, tak berkuah. Meh sini saya nak bongkar satu resepi rahsia masakan umi saya.

Bahannya::

1-ayam
2-daun limau
3-bawang besar
4-halia
5-Cili padi
6-telur
7-garam
8-gula
9-tepung serbaguna/tepung gandum

Caranya::

Kisar bawang besar, daun limau, halia [dalam sukatan yg sedikit], cili padi berserta garam dan gula. Kemudian ayam di potong ikut sukahati. Pastu peram ayam dgn bahan yang di kisar. Peram selama satu jam. Sementara sedang peram, kita sediakan tepung serbaguna. Tak kisah cap ape pun. Asalkan sedap. Tapi..kalau takde tepung serbaguna. Tepung gandum pun boleh. Caranya campurkan tepung gandum [campur tepung jagung sikit klu ade] sedikit kari, serbuk cili, garam dan perasa.Kemudian bancuh telur macam kita nak goreng telur dadar. Letak sikit garam. Dan...seterusnya ayam yg dah kita perap 1jam tu, kita salut dgn telur kemudian salut dgn tepung. Dan goreng. Mula-mula api tu biar perlahan. Supaya rasa perap sebati dgn rasa ayam. Bila dah agak masak, besarkan api sedikit bg tepung di goreng rangup. Setelah warna keemasan, angkat dan boleh hidang.

p/s: kuantiti dlm mknn pndai2 la yee agak². Hehe..tak tau nak bagi kuantiti. Selalu sy masak pun campak² je. Tapi hasilnyee..umphh..tak terkata.

::Ayam Sauce::

Housemate aku a.k.a. kakak aku suka la sgt makan lauk kering, maksudnya tak berkuah. So aku yang memang suka masak masakan baru pun try seacrh. Carik punye carik tak jumpa. Dan tiba², aku jumpe resepi malas. Aku yang tengah taip ni pun tertelan-telan air liur. Kecur air liur.

Bahannya::

1-Ayam (potong kecil²)
2-Cili api (4 tangkai)
3-cili merah
4-bawang besar (2 labu)
5-bawang putih (4 ulas)
6-rempah kari (2 sudu)
7-sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap (2 sudu)
8-daun kari
9-garam & gula

Caranya::

Semua bawang dan cili di hiris. Gaulkan ayam dgn tepung dan goreng. Panaskan minyak, tumis bawang sampai garing. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap. Berserta daun kari. Kacau rata dan biar pekat. Masukkan ayam bersama cili². Gaulkan rata dan masukkan garam & gula. Kemudian hidang bersama nasi panas. Belum cube belum tahu!

::Ayam Masak Halia::

Setelah siap kemas rumah, baring kejap. Sedar² jer jam dah nak menginjak ke pukul 1 tengahari. Jap lagi nak time makan dah! Solat pun belum lagi. Masak pun belum lagi. Camne nih? Lalu terpikir satu resepi. Mudah dan cepat! Meh cepat 'berasapkan' dapur..

Bahannya::

1-ayam (potong kecil)
2-bawang putih (2 ulas)
3-bawang besar (3 biji)
4-halia (hiris jejari)
5-sos tiram
6-cili padi atau blackpepper
7-garam & gula

Caranya::

Bawang besar dan bawang putih di hiris terlebih dahulu. Panaskan minyak kemudian tumis bawang² tersebut, halia sehingga naik bau. Masukkan ayam, sos tiram, garam, gula dan sedikit air. Tutup supaya ayam masak rata. Sesekali balik² kan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Siap!