Selasa, 2 September 2014

::Sos Kentang Putar KFC::

Dah lama sebenarnya aku carik resepi sos kentang putar yang sedap menjilat jari tuh. Fuh! Sekali aku jumpa kat satu entri blogger kak Mimie Azirah. Katanye ni resepi mak mertuanya. Sos ni boleh dimakan ngan kambing bakar. Mabeles!

Bahannya :

1/2 ketul mentega
2 sudu tepung
1 kiub ayam
Lada hitam (blend kering halus)
2 sudu sos cili
1 1/2 kicap

Caranya :

Korang cairkan 1/2 ketul mentega..Pastu masukkan tepung gandum dalam 2 sudu besar gitu...Gaul sampai pekat..Masukkan kiub stok ayam yang dicampur dalam air..Kacau sebati lagi..Kalau rasa kuah pekat dan likat sangat korang masukkan air lagi..Masukkan lada hitam yang diblend halus..Gaul lagi kemudian masukkan sos cili+kicap manis..Letak dalam 1-2 sudu besar...Gaul sebati..Lepas tuh korang rasa lah..Kalau nak letak garam letak aje..Kalau tak nak pun takpe sebab stok ayam tuh dah ada,kira dah sedapkan sos korang pun...

Ahad, 22 Jun 2014

::Siakap Stim Limau::

aku hambek resepi ni sebab aku nak try lauk baru nih. Lauk dia. Pergh! Mabeles! Thanks  Dik An sebab sudi share resepi.

Bahan Bahan :

Seekor ikan siakap 
2 batang serai diketuk
1 labu bawang besar * dipotong macam kita potong tomato tu*
3 ulas bawang putih * ditumbuk kasar*
2 bijik tomato
5 tangkai cili padi diketuk
1 tangkai cili merah dihiris
2  tangkai cili hijau dihiris
6 bijik limau kasturi
1 cawan air
sedikit garam dan gula.
serbuk knor pasti sedap

Cara- cara :

1. Memula sekali gaulkan ikan bersama garam dan knor pasti sedap.
2 . Panaskan minyak , masuk kan serai , bawang putih , bawang besar dan cili api.
3 . Bila bawang suma dah layu masuk kan secawan air . Air ni kalau nak kuah lebih boleh lah letak dua cawan ke or ikut citarasa memasing.
4 . Lepastu masuk kan ikan siakap tadi .Balik balik kan / kalih kan ikan tu .
5 . Masuk kan perahan air limau , kacau sebati perasakan dengan garam , gula dan knor pasti sedap .
6 . Masuk kan cili merah dan cili hijau.
7 . Siap dimasak . Hidangkan :)

Sabtu, 7 Jun 2014

::Sambal daging burger::

Tengah usha blog, tiba-tiba ternampak pulak resepi ni. Terus copy+paste. Minta izin ye kak Lya. Ni bukan resepi saya tau. Seriously, resepi ni memang sedap! Tengok gambar lagilah. Mengiurkan. Hik hok!

Bahannya:

1- 1 sudu jintan manis
2- 3 biji bawang besar
3- 3 ulas bawang putih
4- serbuk kunyit
5- 1 cm halia
6- segenggam cili kering
7- asam jawa
8- daging burger
9- garam

Cara2nya:

tumbuk jintan manis (1 sudu) sampai lumat. Lepas tuh tumbuk bawang besar+halia+serbuk kunyit plak..Ketepikan..Kemudian tumis bawang besar dihiris+bawang putih dihiris..Kemudian masukkan bahan tumis yang korang tumbuk tadi...Tumis sampai naik bau. Lepas tuh masukkan cili kering (diblend)...Biarkan sehingga masak. Masukkan air asam jawa+daging burger+garam...Kacau sebati..Biar sekejap seminit dua pastu dah boleh hidang.

Lirik lagu Can't forgive

[Versi korea]

wae neoneun nareul mannaseo
wae nareul apeugeman hae
Nae modeun geol da juneunde wae nal ulrini

niga nareul sangcheo jun mankeum
dasi dolryeojul geoya
napeun yeojarago hajima
yongseo mothae

janin han ineoneun sarang kata
giri aneonde gadaga meomchul suneun obseo
sarang keute huheuiga chaja omeon
biroso namneun geon miumpun

saranghaedalran aeworneun anhae
maeumi teonan chadichan nunbichi siroseo
keu maeumi keurineun keu gosen
tto dareun yuhok iseul teni

sarangi mwornde sumjukyeo gamyeo
byeonhaeganeun neol japgo sipeoseulkka

wae neoneun nareul mannaseo
wae nareul apeugeman hae
Nae modeun geol da juneunde wae nal ulrini
na neoreul yongseohaeyaman dasi useu su inna
napeun yeojarago hajima
yongseo mothae

sarangi mwornde sumjukyeo gamyeo
byeonhae ganeun neol japgo sipeoseulkka

wae neoneun naega aninji
wae neon naega sireun geonji
Nae modeun geol da juneunde wae nal ulrini

niga nareul sangcheo jun mankeum
dasi dolryeojul geoya
napeun yeojarago hajima
yongseo mothae

Wu~
modeun geol da juneunde wae nal ulrini
niga nareul sangcheo jun mankeum
dasi dolryeojul geoya
napeun yeojarago hajima
yongseo mothae

sarangi neomu apa

[Translate English]

The cruel bond of love
I cannot stop its not the way
Regret that comes at the end of love
Finally leaves,but not hatred
You don’t have to beg to love to me
I did not mind leaving the cold, dark eyes
The place that attracted my mind
I’ll be another temptation
This type of suffocating love
I want to take revenge
Why must i meet you,why did you hurt me
I gave you my everything,why did you make me cry
I’ve forgiven you, are you able to laugh again
Do not call me a bad woman
I can’t forgive
This type of suffocating love
I want to take revenge
Why is it me, not you? Why don’t you know that i’m not going?
I gave you my everything,why did you make me cry
I’ll give you back the same amount of hurt that you gave me
Do not call me a bad woman
I can’t forgive
Why is it me, not you? Why don’t you know that i’m not going?
I gave you my everything,why did you make me cry
I’ll give you back the same amount of hurt that you gave me
Do not call me a bad woman
I can’t forgive
Love hurts so much ..

[Translate I+M]

inilah kisah percintaan yg kejam
aku tak bisa menghentikan langkah ku saat ini
penyesalan hanya akan datang di akhir percintaan
semua akan di tinggalkan, tapi tdk dengan kebencian

kau takkan dapat meminta cinta ku kembali
aku tidak pernah berfikir untuk melepaskan tatapan dingin itu

kisah itu kini menjadi sangat menarik bagiku
aku akan datang hanya untuk menggoda mu kembali
inilah kisah percintaan yg menyakitkan
akan ku balaskan dendam ku

mengapa aku harus bertemu dgn mu, mengapa kau menyakitiku
aku berikan kau segalanya, mengapa kau buat ku menangis
akan ku kembalikan rasa sakit yg sama banyak dgn kesakitan yg
kau berikan pd ku

jangan sebut aku wanita jahat
aku tak kan bisa memaafkan

inilah kisah percintaan yg menyakitkan
akan ku balaskan dendam ku

mengapa harus aku, bukan kau? mengapa kau tdk tau bahwa aku
tdk bisa pergi?
aku berikan kau segalanya, mengapa kau buat ku menangis
akan ku kembalikan rasa sakit yg sama banyak dgn kesakitan yg
kau berikan pd ku

jangan sebut aku wanita jahat
aku tak kan bisa memaafkan

mengapa harus aku, bukan kau? mengapa kau tdk tau bahwa aku
tdk bisa pergi?
aku berikan kau segalanya, mengapa kau buat ku menangis
akan ku kembalikan rasa sakit yg sama banyak dgn kesakitan yg
kau berikan pd ku

jangan sebut aku wanita jahat
aku tak kan bisa memaafkan

cinta ini sungguh sangat menyakitkan ..

Rabu, 2 April 2014

senarai nama TADIKA PEREMPUAN sesi 2014

SENARAI NAMA TADIKA PEREMPUAN

1) Nur Asiah Bt Mohd Yusof
2) Ummu Adibah Hanani Bt Muhammad Muaz
3) Nor Kamalia Bt Samsudin
4) Durratun Nabilah Bt Muhammad Habibullah
5) Puteri Aronib Syahirah Bt Ahmad Ridwan
6) Nurul Fatonah Bt Zahrul Adzmi
7) Siti Nur Naqiyyah Bt Noor Idzwan
8) Siti Aisyah Humairah Bt Mohd Safwan
9) Nurul Atikah As-Syuhada Bt Zubir Al-Awam
10) Puteri Ainul Syakirah Bt Ahmad Ridwan
11) Aisyah Sufiyah Bt Iswandi
12) Mariam Atiqah Bt Zainuddin
13) Siti Ruqaiyah Bt Mohd Rahimi
14) Ummu Athiah Hanani Bt Mohd Muaz
15) Sayyidah Nafisah Bt Mohd Safwan
16) Ummu Atiyah Bt Mohd Ridhwan
17) Adibatul Hanaa' Bt Muhammad Habibullah

Isnin, 20 Januari 2014

::Sardin Roll::

Tiba-tiba je aku ngidam nak makan sardin roll arwah umi ani buat. Rasa teringin sgt nak makan. So, aku pun try bbm umi aku tanye resepi. Alhamdulillah! Dapat!

Bahan::

1-roti
2-sardin
3-cili *hiris
4-telur
5-bawang besar *hiris

Caranya::
(Step 1)

Memula sekali masak inti dulu. Panaskan minyak sedikit, kemudian tumis bahan hiris sampai naik bau. Kemudian masukkan sardin. Hancur2kan dalam kuali, letak garam and gula (sikit je tau). Tak perlu tambah air, masak sampai kering. Dan siap. Oke, step kedua!

(Step 2)

Roti tu di gelek dulu dengan kayu gelek. Kemudian letak inti sardin yang dah dimasak tadi dan gulung kemas2. Bancuh telur macam buat telur dadar, letak sikit air dan kacau. Sebelum roti itu dig0reng, celup pastu goreng sampai kuning. Dah siap! *sukatan minyak macam nak masak cucur ikan bilis*

Khamis, 2 Januari 2014

::Cucur udang resepi umi::

Hari ni saya nak ajak adik², kakak², ibu², makcik², turun dapur masak cucur udang! Yosh! Sedap makan time panas2, cuaca sejuk2. Ataupun time pagi. Sedapnya subhanallah!

Bahannya::

1-udang hidup
2-yis mauripan
3-telor
4-garam
5-kucai
6-taugeh
7-udang kecil (ni sy yg tambah)
8-air

Cara2::

Gaul tpg / yis / garam / telor / cmpur air. Bubuh air sikit².. Kemudian masukkan taugeh sambil gaul dengan tepung, patah² kan batang taugeh.. Masukkan pula udang kecil bagi rasa udang lebih 'ehm'.. Gaul smpai sebati dan lembutnye sekira-kira seadun dengannya..pastu masukkan kucai..dan gaul sekali lagi.. Dan biarkan dia naik selama 15 min. Don't usik-usik okey.

Cara masak::

Panaskn kuali masukkn senduk.. Bagi senduk tu masuk minyak panas dalam kuali yg sama..agak-agak dah panas..tinggalkan sikit dalam senduk.. Kemudian masukkan tepung dan udang di atasnya.

p/s: simple bukan? Jom kaum3 hawa kita berasapkan dapur. Hehehe..selamat mencuba. Ni resepi umi saya.. Sedap sangat!

::Kangkung Belacan::

Kali ni saya nak share resepi makanan fevret kawan special saya. Nama dia...secret lah! Heehee..dia suka sangat makan sayur ni. Mula2 tu saya search kat google gak, tapi..kuantiti dia agak kurang. Saya tambah kuantiti bahan agar rasa dia lebih sedap. Kangkung dia tu ikut suka lah nak berapa banyak. Yang saya tanda * tu, bahan2 yang perlu di tumbuk.

Bahannya::

1-kangkung (1 ikat)
2-cili merah (1 tangkai)*
3-bawang merah/bawang besar (2 ulas)
4-bawang putih (4 ulas)*
5-ikan bilis (segenggam)*
6-belacan (ikut sukahati)*
7-garam & perasa

Caranya::

Tumis bahan yang dah di tumbuk hingga naik bau. Masukkan garam & perasa. Kacau sebentar then masukkan kangkung. Gaul rata & kacau hingga masak. Mudahkan?

Notis: [JANGAN TERLAMPAU MASAK, NANTI TAK SEDAP]

::Murtabak Megi::

Tiba² teringat kat bibik. Rindu kat masakan sepcial bibik. So saya terpikir bibik buat camne eh? Yang saya nampak bahan kasar dia, telur dan megi. Kemudian terdengar orang panggil nama murtabak megi. Search punye search..tadaa!! See..saya dah jumpe!

Bahannya::

1-maggi (2 bungkus)
2-telur (3 bijik)
3-bawang besar (1 labu)*
4-daun bawang (1 tangkai)*
5-garam
6-perasa maggi
7-cili merah (hiris)

Caranya::

Hiris bahan yang bertanda *. Rebus megi sehingga lembut, toskan megi tersebut. Sementara tunggu tos, pecahkan telur & pukul sehingga kembang serta masukkan garam secubit. Barulah masukkan megi. Lepastu masukkan semua bahan tadi ke dalam telur. Gaul rata bahan² tersebut bersama megi yang telah di tos tadi. Akhir sekali panaskan kuali. Masukkan minyak sikit. Dan masak macam masak lempeng. Api kecilkan bagi masak dalam.

::Ayam Rangup Special::

Jam dah pukul 12 ni. Tapi masih belum terfikir nak masak ape? Kadang² kita pun bingung nak masak menu apa untuk tengagari ni? Dalam peti sejuk hanya ada ayam. Bagi penggemar masakan kering, tak berkuah. Meh sini saya nak bongkar satu resepi rahsia masakan umi saya.

Bahannya::

1-ayam
2-daun limau
3-bawang besar
4-halia
5-Cili padi
6-telur
7-garam
8-gula
9-tepung serbaguna/tepung gandum

Caranya::

Kisar bawang besar, daun limau, halia [dalam sukatan yg sedikit], cili padi berserta garam dan gula. Kemudian ayam di potong ikut sukahati. Pastu peram ayam dgn bahan yang di kisar. Peram selama satu jam. Sementara sedang peram, kita sediakan tepung serbaguna. Tak kisah cap ape pun. Asalkan sedap. Tapi..kalau takde tepung serbaguna. Tepung gandum pun boleh. Caranya campurkan tepung gandum [campur tepung jagung sikit klu ade] sedikit kari, serbuk cili, garam dan perasa.Kemudian bancuh telur macam kita nak goreng telur dadar. Letak sikit garam. Dan...seterusnya ayam yg dah kita perap 1jam tu, kita salut dgn telur kemudian salut dgn tepung. Dan goreng. Mula-mula api tu biar perlahan. Supaya rasa perap sebati dgn rasa ayam. Bila dah agak masak, besarkan api sedikit bg tepung di goreng rangup. Setelah warna keemasan, angkat dan boleh hidang.

p/s: kuantiti dlm mknn pndai2 la yee agak². Hehe..tak tau nak bagi kuantiti. Selalu sy masak pun campak² je. Tapi hasilnyee..umphh..tak terkata.

::Ayam Sauce::

Housemate aku a.k.a. kakak aku suka la sgt makan lauk kering, maksudnya tak berkuah. So aku yang memang suka masak masakan baru pun try seacrh. Carik punye carik tak jumpa. Dan tiba², aku jumpe resepi malas. Aku yang tengah taip ni pun tertelan-telan air liur. Kecur air liur.

Bahannya::

1-Ayam (potong kecil²)
2-Cili api (4 tangkai)
3-cili merah
4-bawang besar (2 labu)
5-bawang putih (4 ulas)
6-rempah kari (2 sudu)
7-sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap (2 sudu)
8-daun kari
9-garam & gula

Caranya::

Semua bawang dan cili di hiris. Gaulkan ayam dgn tepung dan goreng. Panaskan minyak, tumis bawang sampai garing. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap. Berserta daun kari. Kacau rata dan biar pekat. Masukkan ayam bersama cili². Gaulkan rata dan masukkan garam & gula. Kemudian hidang bersama nasi panas. Belum cube belum tahu!

::Ayam Masak Halia::

Setelah siap kemas rumah, baring kejap. Sedar² jer jam dah nak menginjak ke pukul 1 tengahari. Jap lagi nak time makan dah! Solat pun belum lagi. Masak pun belum lagi. Camne nih? Lalu terpikir satu resepi. Mudah dan cepat! Meh cepat 'berasapkan' dapur..

Bahannya::

1-ayam (potong kecil)
2-bawang putih (2 ulas)
3-bawang besar (3 biji)
4-halia (hiris jejari)
5-sos tiram
6-cili padi atau blackpepper
7-garam & gula

Caranya::

Bawang besar dan bawang putih di hiris terlebih dahulu. Panaskan minyak kemudian tumis bawang² tersebut, halia sehingga naik bau. Masukkan ayam, sos tiram, garam, gula dan sedikit air. Tutup supaya ayam masak rata. Sesekali balik² kan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Siap!