Isnin, 20 Januari 2014

::Sardin Roll::

Tiba-tiba je aku ngidam nak makan sardin roll arwah umi ani buat. Rasa teringin sgt nak makan. So, aku pun try bbm umi aku tanye resepi. Alhamdulillah! Dapat!

Bahan::

1-roti
2-sardin
3-cili *hiris
4-telur
5-bawang besar *hiris

Caranya::
(Step 1)

Memula sekali masak inti dulu. Panaskan minyak sedikit, kemudian tumis bahan hiris sampai naik bau. Kemudian masukkan sardin. Hancur2kan dalam kuali, letak garam and gula (sikit je tau). Tak perlu tambah air, masak sampai kering. Dan siap. Oke, step kedua!

(Step 2)

Roti tu di gelek dulu dengan kayu gelek. Kemudian letak inti sardin yang dah dimasak tadi dan gulung kemas2. Bancuh telur macam buat telur dadar, letak sikit air dan kacau. Sebelum roti itu dig0reng, celup pastu goreng sampai kuning. Dah siap! *sukatan minyak macam nak masak cucur ikan bilis*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan